[IMG]http://i948.photobucket

Monday 6 April 2015



Asalamualaikum semua,
Cehat?, harap cehat jugak macam penulis,hehe…

Hari ni penulis tak tahu nak tuliskan tajuk apa dalam entry penulis, so penulis biarkan kosong, biarkan ia di isi dengan sendirinya, ceewaah
Pernah satu hari, tarikh dirahsiakan, ada kawan penulis, dia datang kat penulis, lepastu dier cakap kat penulis,” aku benci ah dengan orang yang terlampau alim,” “buat sume benda, sume tak boleh”,
Penulis terduduk, tak tahu nak jawab aper, jadi penulis bertanya banyak lagi soalan kat dier, macam kenapa, asal macam tu lak? Dan sebagainya.

Jadi rata-rata jawapannya mengisahkan dier dah serik hidup dengan kawan-kawan dier yang terlampau baik tu, sama ada jiran dier atau sesiapa jer,
Bagi dier, dier lebih suka berkawan dengan orang yang relax, n tak condem apa yang dier buat.
Ader jugak dier kata bahawa dia rasa tertipu, sebab Nampak orang yang berkopiah siap berserban ni baik, bila kaji, indah khabar dari rupa, kita yang rasa kita lebih baik dari dier…mungkin.
Tak kurang jugak dier citer yang dia merasakan kawan-kawan dier yang alim ulamak ni dah jauh tinggalkan dier, dan dier sorang-sorang kat belakang, dah tak mampu kejar dah. So lebih baik dier cool n teruskan hidup..

                        …………………………………………………………………………………………………………………..

Well, hakikatnya kebanyakn dari kita rasa benda ni, Cuma beza dier, berapa percent perasaan tu, ader yang rasa setakat menyampah jer, ader yang meluat, ader yang benci giler bapak, dan ader yang sampai tak boleh tengok muka.
Sampai macam tu sekali
Yup, hakikat…

Persoalannya kenapa?

Sebenarnya ada banyak jawapan bagi persoalan ni, apa yang penulis Nampak, antaranya.


1.MINDSET ORANG KITA SENDIRI
Sedar atau tak sedar, dari kecik lagi kita dimomokkan tentang benda-benda macam ni, kalau kisah pasal ustaz kantoi berzina, cepat jer tersebar dari mulut ke mulut, tak sampai sehari, satu kampong dah tahu kes ni, bukan nak kaji, terus fitnah, gossip hangatlah katakan. Mana boleh biar macam tu jer.
Tapi sedar atau tak, bukan semua ustaz macam tu, amatlah sedikit kes-kes macam tu, kalau nak diikutkan, kes orang-orang yang bersosial berzina lagi banyak. Betul tak?
Tapi penulis rasa, kita ni pun selalu sangat meletakkan prasangka buruk. Sorang jer buat, tapi semua jenis golongan ustaz dan alim ulama’, semua kena tempiasnya.
Ada yang ader sejarah dengan golongan yang Nampak baik ni tapi hakikatnya hampeh…
Bagi penulis, kita tak boleh judge semua orang macam tu, nak tak nak kita kenalah buang persepsi kita tu, sebab tak adil bagi mereka, amatlah tak adil….


2.SUNTIKAN SYAITAN.
Syaitan ni sebenarnya amat takut kalau kita berdamping ngan golongan rang-orang yang soleh ni.
Well, golongan alim ulama’ sekarang adalah wasatiyyah ummah.
Jadi, syaitan ni pon suntiklah perasaan hasad dengki, prasangka buruk terhadap alim ulama’, sampai kadang-kadang, kita rasa benci nak tengok golongan yang terlampau alim.
Benci gillleeeerrr, tapi bila orang lain Tanya sebab apa?, kita terkial-kial nak kasi jawapan .
Betul tak?


3.TAK SAMA TARAF.
Well, ada yang kadang-kadang pernah bergaul dengan golongan soleh ni.
Tapi, dier rasa dia macam tak layak bersama mereka, tak sama taraf, rasa diri tu macam fake sangat.
Last2, dia jauhkan diri, lebih baik dia cool jer daripada jadi munafik…
*jatuh tergolek

Well, Allah pernah berfirman mafhumnya”, apabila kamu ingin berubah maka pergilah kepada golongan orang-orang yang soleh, dan letakkan hati kamu bersama mereka”
Penulis ulang balik “ dan letakkan hati kamu bersama mereka”, maksud penulis kita kena anggap diri kita sama macam mereka, jangan terlampau tawadhuk, biar first2, kita rasa diri kita fake, lama- lama ikhlas tu akan timbul.

Sebagai penutup, penulis just nak bagitau, penulis pon pernah jadi macam ni jugak, penulis rasa meluat tengok golongan orang-orang alim ni, tapi bila penulis  pernah niat untuk  dapat hidayah Allah. Bila penulis buka Al-qur’an jer, penulis Nampak ayat ni.
Penulis baca dan cuba faham,jadi penulis pon cuba untuk rapat.  bila dah bersama golongan orang-orang soleh, barulah penulis rasa indahnya hidup berukhwwah. Manisnya bersahabat.
Rasa macam lagi banyak diorang tegur penulis , bermaksud lagi sayang diorang dekat penulis,
Jadi, janganlah bermusuh dengan golongan orang-orang macam ni, berikan masa untuk kenali diorang.

In sha Allah tak rugi…..

Wednesday 4 February 2015

Why2... tak logik...



Salam semua,
Well, hidup ni macam semangkuk epal, eh??
Beb, xder kaitan beb… haha
Lek2, baru intro, ceehhh

Pernah tak kita terfikir, kenapa kadang2 kita dengar cerita pasal orang yang rajin beribadah tapi masuk neraka.
Kenapa hah? Banyak kan?
Pasal ahli ibadah yang sakitkan hati jiran, terus Allah campak masuk neraka,
Ader yang sebab die kurung kucing dia dalam sangkar tanpa diberi makan,
ader sebab dier ngumpat , padahal hakikatnya dia baik di mata masyarakat.

Yang lagi pelik, kebanyakan yang mereka buat adalah kesalahan ‘biasa’
Macam, pergh, diorang manusia gak, berak gak , agak2 ah nak jadi baik macam malaikat,
Kan??

Tapi kenapa diorang menjadi ahli NERAKA?
Why2,


......................................................................................................................................................................



Well, apabila kita telusuri sejarah sirah,
Bukan setakat kisah orang baik masuk neraka jer yang ader,
Orang yang baru nak berubah pon dah dapat masuk syurga pon ader.

Macam kisah pelacur yang kasi minum kat anjing guna sepatunya. Pelacur ni hari- hari berzina.
Hari- hari, bukan sekali sekala, hari-hari!!

Dan kisah pembunuh yang dah bunuh 99 orang, tambah jadi 100 apabila ahli ibadah kata taubat dier x diterima. Jumpa orang alim, orang alim tu kata boleh, tapi kena pergi tempat sekian2.

Dier pon pergi ke tempat tersebut, dalam perjalanan, dia telah mati dibunuh,

Di akhirat  kelak, malaikat malik dengan malaikat ridhuan berebut2 dier ni, kedua2 malaikat ni ader beribu2 tangan, boleh bayangkan bagaimana penarikan tu berlaku?

Maka, terus diahadapkan di depan Allah, maka disuruh lihat di mana tempat dier meninggal, lagi dekat kat tempat lamanya ataupun tempat yang baru nak dituju?

Ramai yang tak tahu ending nya macam ni, hakikatnya tempatnya lagi dekat kat tempat lamanya, tapi atas dasar rahmat Allah, Allah telak terbalikkan bumi supaya dekat dengan tempat yang ingin dituju.

Maka masuklah hamba tadi ke dalam syurga

Padahal diorang baru jer nak berubah, baru terdetik nak berubah, belum berubah lagi pon.
Pelik bin ajaib,.

Orang yang dah lama beribadah masuk neraka, orang yang baru nak berubah masuk syurga

Please… x logic, right?

Well, naqib penulis dulu ader menceritakan satu benda, dia kasi satu analogi, dan analogi ni membuatkan seluruh perkara tadi kelihatan amat2 logik, pedia? Liaht jap….

      “apa perasaan kita bila kita ditampar di muka, bila kita toleh sahaja untuk lihat siapa
                            Yang  pukul kita, rupa-rupanya dia hanya seorang budak kecik,”

Dengan situasi kedua,
          “ kita dipukul di muka, bila toleh, kawan kita yang kita benci, pukul kita dengan muka tersengih, ingatkan bahawa apa yang dilakukannya itu lawak”

Situasi pertama tu mungkin kita relax, cool down, chill bro, budak- budak lah katakana, dier mana tahu apa-apa, maafkan jelah dier.

Tapi situasi kedua tu,kita dah sepak terajang dah dier, berani sentuh muka penulis yang mulus ni ceewah, poyo pulak.

Well, apa kaitan analogi ni dengan benda-benda yang penulis tulis kat atas tadi?
Maksud penulis, beza antara kaki maksiat dengan ahli ibadah tadi adalah ilmu….

Ya, memang benar ilmu itu menaikkan darjat,
Betul orang yang berilmu tu lebih baik dari yang tak berilmu.
Memang kita dituntut untuk mencari ilmu,
Tapi ilmu juga membuatkan penilaian dosa kita berbeda
Ilmu juga akan dituntut kelak, tantang bagaiman ilmu itu digunakan.

Allah itu Maha Adil, takkan lah sama hukuman orang yang berilmu tetapi membuat dosa dengan orang yang jahil yang membuat dosa.

Hakikatnya adil tu bukan sama rata, adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.


Orang alim itu tadi diibaratkan kawan kita yang pukul kita, dia dah besar, dah boleh fikir mana yang baik, kenapa dia still pukul kita?
Kau adalah orang yang berlimu, kau sepatutnya menjadi role model masyarkat sekitar kau, kau kena jaga perwatakan kau, kau kena jaga ibadah kau, kau sepatutnya menyampaikan yg benar sahaja, tapi kau tak, kau telah melakukan dosa yang tak melambangkan diri kau sebagai orang yang berilmu, maka boleh jadi kau masuk neraka, wallahualam, biar Allah yang uruskan…

Berbeza denga orang yang tidak tahu, mereka diibaratkan budak-budak kecil, diorang takde cukup ilmu  untuk menahan diri daripada melakukan dosa, diorang tak tahu apa yang diorang buat.

Bila dia tahu nanti, dan dier bertaubat, maka pintu taubat terbuka luas untuk dier.
In sha Allah….



.....................................................................................................................................................................




jadi kita sebagai hamba yang hina dina, takkan layak untuk mengambil kuasa Tuhan!!! Apadia itu??
Itulah “ Menghukum”

“dier memang dah tak boleh buat aper dah ni, habislah kau kat akhirat nanti”
“banyak sangat dosa kau ni, memang neraka jelah tempat kau ni”
“dah takde harapan dah budak ni nak berubah”

Siapa kita nak hokum sesiapa sahaja hamba Allah itu neraka atau syurga?

Allahu… banyak dosa dosa aku.

Tapi, contohnya..
kita boleh cakap bahawa perbuatan meninggalkan solat boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka

tapi kalau ader kawan kita yg byk tinggalkan solat, dier Tanya kat kita bahawa adakah dier ahli neraka?
Kita kena jawab bahawa itu urusan Allah, kita takde kuasa, itu jer.

Jadi penulis tutup dengan sebuah kisah:
Apabila diakhirat nanti,

Allah panggil orang alim dan orang yang nak berubah ni,

Allah kasi syurga kat org yg baru nak berubah ni atas dasar rahmat-Nya, kerana keikhlasannya nak berubah.

Allah Tanya pula orang alim itu tadi bahawa siapakah dirinya untuk melakukan kerja tuhan-Nya?
Maka, dicampaklah orang alim itu tadi ke dalam neraka……..

wallahualam

Tuesday 13 January 2015

Tahun 2014,, tahun yang mencabar bagi penulis dan juga Malaysia

bismillahirahmanirahim....
Dengan nama Allah pencipta sekalian makhluk-Nya



huhh..hakikatnya dah bersawang blog penulis ni,
sudah sekian lama tak jenguk, penulis tak tahu kenapa, haha


sebenarnya, penulis terdetik nak tulis blog ni (setelah sekian lama berhabuk) sebab penulis diarah oleh Mr. Anon di ask.fm. kalau dia tak Tanya penulis, bukan setakat berhabuk, berkarat-karat gitu...
eh?


tahun 2014 ni, banyak sangat benda yang berlaku, kalau kita tengok Malaysia sendiri pon, penulis rasa penulis dah tak perlu cerita, semua orang dah tahu.

MH370,MH17,Air Asia, banjir terburuk sejak 1971, dan banyak lagi.



tapi itu bukan sebab penulis nak tulis entry ni, sekarang ni penulis nak cerita pasal hidup penulis. semua orang ader cerita masing-masing kan? dan ini kisah hidup penulis. Maaf kalau Nampak macam diari sikit





ok, start.
                                    


                                       ........................................................................
2014, Penulis bukanlah orang yang pandai, tapi penulis bersekolah kat MRSM PONTIAN, ops dah tukar nama jadi Tun dr. Ismail. ok

tempat ni budak2 8A/9A PMR jer boleh masuk, sebelum masuk mrsm ni, penulis dikira pandai jugaklah, lepas jer masuk mrsm ni, kedebuk2 jatuh, tergolek- golek.



kalau diikutkan hati, nak jer fly, lari balik rumah,, fed up, future, terpaksa survive dengan orang-orang yang jauh lagi pandai.


huh, nasib baik rumah penulis jauh kat kl, kalo tak, alahai masuk JDM lah sebab fly.

penulis ni bukannya malas, rajin gak orangnya.tapi tulah... bila tengok pointer jer.. ya Allah, rasa macam batu jatuh setepek kat muka. cediyh takyah citer lah, huhu...


                               ........................................................................................

2014, tahun lepas, penulis ada kawan baik, tiba2 tahun 2014, penulis tak tahu apa salah penulis, kawan baik penulis tu macam bertukar jadi stranger. rasa awkward sangat bila nak cakap dengan dier. dier bukan setakat bestfriend penulis dulu, tapi partner sem type 3 penulis (budak mrsm jer yang tahu, haha)




kawan penulis ni genius giler orangnya, project dier Berjaya sampai ke luar negar, korea, los angeles.
tapi kawan penulis ni tak pergi ngan penulis, dia pergi dengan kawan dia a.k.a partner baru dier. tinggalkan penulis sorang-sorang



penulis x cediyh, penulis happy, tumpang gembira, penulis masih anggap dier kawan penulis. penulis cuma terkilan dia x tegur penulis, dia busy, tp satu sekolah jer kot, takkan x leh nak tegur penulis.



kawan penulis ni bukan setakat tak tegur, tapi macam benci gila kat penulis. penulis ingat lagi. pernah penulis bangun nak solat maghrib berjemaah, tibe2, dapat kat sebelah "kawan" penulis tu. penulis x kisah, tapi.....



tibe2 dier keluar dari saf, time tu baru iqamat, rasa macam gelap sangat dunia time tu, perbuatan dier tu sangat jahat, dari luar, dengar macam dier nak ludah, alasan untuk keluar saf, tapi kalo penulis, penulis sangguplah telan ludah tu semata-mata jaga hati kawan.


hakikatnya, dia taknak berada dekat dengan penulis.... tu jer...



                               ..............................................................................................


2014- penulis time tu kat seminar, cg. syariah ajar sejarah, penulis rasa macam sediyh semacam jer time tu, tak tahu kenapa.


tibe2, ada cikgu masuk, dier kata HEP nak jumpa penulis, penulis macam peliklah, penulis ader buat salah ker. cikgu tu cakap jangan berhenti mana2, terus pergi pejabat, jumpe HEP.



penulis pon jalan ke arah pejabat, dalam perjalanan, penulis perasan semua cikgu pandang penulis, penulis rasa macam pelik sangat. dan kemudian, ader cikgu kaunseling datang panggil penulis.



dier cakap suruh penulis redha, redha?, redha kenapa?, penulis tanya. cikgu tu tak jawab, dier srh penulis jumper HEP. masuk dalam pejabat, suasan macam kelam kabut.



penulis masuk dalam pejabat, HEP tutp pintu, dier datang dekat, pastu dier cakap ayah penulis meninggal....



penulis x terus nangis, penulis tak caya, ayah penulis bukan sihat jer ker?, rasa macam mimpi jer benda ni semua. penulis call kakak penulis,


kakak penulis nangis gila2, baru penulis sedar semua bnde ni betul3 berlaku, ayah penulis dah meningal!! dan penulis jauh kat Johor.



penulis balik naik kapal terbang, kakak penulis ambil naik kereta, dalam perjalanan, penulis dapat call dari mak penulis. dier minta izin penulis, orang kampong dah nak kebumikan jenazah, penulis tanya dah mandikan?, dah solatkan?, mak penulis cakap semua dah selesai. penulis cakap penulis izinkan.



lepas jer call tu, penulis terus nangis, sebab penulis tahu, penulis x sempat nak mandikan, x sempat nak solatkan, atau tengok muka ayah penulis buat kali terakhir, penulis x sempat. penulis meraung kat dalam kereta tu.


                               ................................................................................................


banyak lagi tapi cukup jelah ini peristiwa yang penulis nak kongsi



selang bebrapa bulan,

tibe2 satu hari.

selepas solat maghrib, ketika wirid.

penulis terfikir,...



penulis dah duduk jauh kat Johor, takde family nak support dari belakang, Allah dah ambil ayah penulis, tempat penulis mengadu dan minta nasihat, cikgu2 penulis sibuk, nak mengajar, kawan -kawan penulis x memahami penulis, penulis rasa macam dah takde sesiapa kat dunia ini.

 
Jangan harapkan apa-apa pun dari orang lain,
termasuk dari kawan baik kita, sebab itulah pencetus permusuhan.
-pujangga-
 
 
 
time 2, penulis menagis, bestfriend penulis duduk sebelah penulis, tapi dier tak sedar pon penulis tengah nangis. penulis terfikir, sekarang ni, penulis ader Allah, dan cukuplah Allah, Allah jer yang akan dengar penulis 24 jam, Allah jer yang paling faham kat penulis
 
 
 
penulis jerit dalam hati penulis, ya Allah, jangan tinggalkan penulis, walau  satu saat, kalau Allah pon tinggalkan penulis, penulis dah takde sape2 dah..
 
 
 
 
Bila kita bergantung kat Allah, Allah akan sayang giler kat kita, dan Allah akan turunkan rasa sayang tu kat makhluknya kat kita.
 
 
 
penulis dah berbaik dengan kawan baik penulis, penulis dah redha dengan pemergian ayah penulis, penulis redha dengan pointer penulis, penulis dah happy, sebab penulis dah tak takut, sebab penulis ader Allah kan?, penulis ader banyak kawan, ikhwah yg faham penulis.
 
 
xder alas an untuk sedih. sebab awan mendung dah pergi, dan datanglah pelangi menyinari.
 
ceeewah. hehe


Saturday 5 January 2013

Jangan Putus Asa yer..

Sehingga saat saya menulis artikel ini, saya pasti berbillion manusia di dunia ini yang telah kehilangan sekaligus membuatkan dia merasa berputus asa dengan kehidupan ini lalu mengambil keputusan untuk menamatkan hidupnya dengan cara yang sangat buruk.

Saya akui betapa kehidupan ini memang susah. Penuh onak duri dan dugaan. terlalu byk sgt.
Ada orang yang telah  diri untuk menyelesaikan segala tekanan yang membebani jiwanya. Ada orang  menjadi penagih dadah sebagai jalan mencari ketenangan dalam hidupnya. Ada orang yang memilih untuk berseronok di kelab-kelab malam, menari dan berfoya-foya bersama teman masing-masing, dengan harapan mereka dapat melepaskan segala tekanan yang telah menimpa dirimereka.
Hakikatnya, masalah tidak selesai. Mereka pun tidak berjaya sebenarnya untuk mendapatkan ketenangan yang hakiki.

Ya. Barangkali seronok. Tetapi seronoknya cuma untuk seketika. Usai berfoya-foya, hilanglah semua keseronokan itu dan dia akan kembali berdepan tekanan demi tekanan yang mungkin lebih berat lagi daripada yang biasa dihadapinya sebelum itu.
Waktu-waktu begitu, diuji dengan tekanan yang lebih berat, apakah dos berfoya-foya dan berseronok di kelab malam serta pelbagai jalan lain yang negatif itu masih mampu memberikan ketenangan kepada jiwa kita ?

Tekanan Dan Kesusahan Akan Tetap Dihadapi, Tetapi Bagaimana Diri Kita Yang Menghadapinya?
Ada orang diuji dengan tekanan berurusan dengan manusia, lantas terus keluar maki hamun di mulutnya, mengeji orang itu, mengata sana ini untuk memuaskan hatinya.
Ada orang pula menghadapi tekanan di pejabat dan tempat kerjanya, lalu demi mendapatkan ketenangan, dia mencari kelab-kelab malam sebagai tempat melempiaskan segala tekanan di jiwanya.
Ada orang pula yang gagal dalam peperiksaannya, lalu mengambil keputusan untuk membunuh dirinya demi menghilangkan rasa malu.
Tekanan. Kesusahan.
Di mana-mana pun kita pasti akan menghadapinya. Tinggal lagi, setiap orang diuji berbeza dengan keadaan dirinya.
Bila diuji dengan tekanan diri dan kesusahan, sepatutnya bukan persoalan ‘kenapa ini yang menimpa aku’ terlintas di pemikiran kita. Bertanyalah 1000 kali soalan sebegitupun, kita tetap tidak akan mampu mengubahnya, melainkan kita bertanya sebagai ruang untuk memuhasabah melihat segala kesalahan kita di masa lepas, maka itu tidak ada masalah.
Tetapi, sekiranya kita bertanya soalan sebegini kerana merasa Tuhan itu tidak patut kerana menghukum kita sebegini, maka tidak akan memberi apa-apa jua makna kepada diri kita.
Yang sepatutnya adalah kita bertanya diri kita – ‘Bagaimana aku patut hadapi masalah ini’. Inilah yang sepatutnya terlintas di benak kita.
Ujian sudah di depan kita. Masalah sudah di depan kita. Untuk apa lagi kita bertanya, ‘kenapa aku? kenapa aku?’? Selesaikanlah !
Tenangkan diri dan cari jalan penyelesaian dengan baik.

Kenapa Perlu Cepat Berputus Asa?
Kadangkala, ada manusia yang diuji dengan masalah putus cinta. Ya, saya tahu putus cinta itu memeritkan. Tetapi, kenapa perlu menambah keperitan itu dengan memilih jalan untuk menoreh urat nadi di tangan, menggantung diri, mencampakkan diri ke kancah kebinasaan? Kenapa?
Adakah itu akan menyelesaikan masalah?
Kita ini hilang rasional bila berdepan dengan ujian dan kesusahan. Lebih banyak emosional.
Emosional yang terlampau tidak akan mampu menyelesaikan masalah. Sebab itulah, Allah s.w.t. telah menunjukkan kita jalan menjadi rasional. Ia terpakai pada semua sudut kehidupan.
“Hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.” [Ar-Ra’du : 28]
Dalam ayat yang lain, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud :
“Dialah yang telah menurunkan (sakinah) ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada).” [Al-Fath : 4]
As-Syahid Sayyid Qutb menyebut dalam tafsir Fi Zilalil Quran tentang perkataan ‘sakinah’ yang dimaksudkan dalam ayat ini, katanya – “Dan sakinah ketika Allah menurunkannya ke dalam hati manusia, ia akan menjadi sesuatu yang menenangkan dan merehatkan, meyakinkan dan menimbulkan kepercayaan, keseriusan dan kekuatan, serta penerimaan dan keredhaan.”
Inilah rasional yang telah dididik oleh Allah s.w.t. kepada manusia melalui Al-Quran. Tinggal lagi, kita yang tidak mengambilnya dan melaksanakannya dalam kehidupan harian kita. Maka, saat kita berdepan dengan tekanan dan kesusahan, bukan diri kita yang menguasai masalah dan tekanan itu, sebaliknya diri kita pula yang dikuasai oleh tekanan dan masalah.
Bila hati tidak tenang, jiwa pun kacau, bagaimana mungkin kita mampu menetapkan keputusan yang baik untuk hidup kita?
Sebab itulah ramai yang tersasar ketika menentukan pilihan hidupnya setelah menghadapi tekanan dan masalah. Jiwanya tidak tenang, dalam hatinya tidak ada ketenangan dan kerehatan sehingga memampukan dirinya untuk menetapkan keputusan yang betul. Yakin dan percaya diri sendiri juga sudah mula memudar.
Hendak redha dan menerima ujian itu dengan hati yang ikhlas dan sabar apatah lagi.
Akhirnya, kelemahan mula menapak di dalam diri sehingga menyebabkan penyakit putus asa sangat mudah menjangkiti jiwa.
Jauh dari Allah. Inilah punca utama yang telah menyebabkan ramai manusia tergelincir dari landasan kehidupannya yang sebenar.

Penutup : Jangan Pernah Berputus Asa, Tolong Jangan.
Saya tahu, ada manusia diuji dengan ujian yang begitu berat sehingga menyebabkan hatinya dihimpit dengan tekanan dan kesusahan yang sangat memeritkan. Barangkali ada yang pernah diuji sehingga kehilangan hampir segala-galanya dalam hidupnya.
Tetapi, ketahuilah Allah itu tidak akan pernah menganiaya hamba-hambaNya. Tidak pernah. Tidak sekali-kali.
Allah berfirman dalam surah Rum ayat ke-36 yang bermaksud :
“Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa.”
Bukan ujian itu datang untuk menyusahkan kita apalagi menyuruh kita berputus asa daripada kehidupan. Kita sendirilah yang memilih sama ada untuk terus kuat atau berputus asa daripada menghadapinya.
Ketika kita putus asa, maka tidak ada siapa-siapa yang harus disalahkan. Tetapi salahkanlah diri kita sendiri kerana kita sendiri yang memilih untuk menjadi lemah dan kalah.
Allah s.w.t. tidak henti-henti memberikan dorongan dan galakan agar kita terus kuat menghadapi tekanan dan rasa susah dalam hidup. Dalam surah Yusuf, ayat 87, yang bermaksud :
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat hanyalah orang-orang yang kafir.”
Kembali akrab dengan Allah. Pastilah kita akan temui ketenangan di celah keserabutan hidup yang kita lalui, pasti kita temui kekuatan untuk ikhlas dan sabar mendepani tekanan dan kesusahan dalam kehidupan.
Yang penting, janganlah pernah putus asa. Tolonglah jangan !

Thursday 3 January 2013

bendanie dosa tapi... (2)

bismillahiwalhamdulillah, bertemu lagi  kita hari nie.
 
................................................
 
assalamualaikum,ini adalah sebuah pendapat, sedikit percanggahan boleh terus dikomenkan kerana penulis insan biasa, yang almaklum byk dosa dan kesalahannya.
 
okey, penulis sebelum nie dah tekankan bahawasanya dalam beribadah kepada Allah S.W.T  mestilah dengan bersemangat, tidak putus asa, kita mestilah beristiqamah,iaitu berterusan ( siapa yg belum baca boleh tengok sekrang, nak baca yg nie dulu pon bole...). sebab..... Allah suka. Allah lagi suka ibadah yg istiqamah walaupon sedikit drpd ibadah yg byk ttp sekali. penulis bagi contoh ye,  puasa sunat isnin khamis. istiqamah puasa isnin, khamis, isnin, khamis, isnin "tak laratlah, banyak tu!!!" tak pe, kita mula yg sikit lu. contoh puasa 6 hari syawal. kalo org kata susah x tahulah. dlm satu bulan, pilihlah mana2 hari utk korang puasa, it easy maaa...
 
 penulis tekankan lagi sekali, Jangan Putus Asa! biarlah kita pergi qiam byk kali pon, tapi x nangis, buat sakit kaki hje, Jangan Putus Asa!,kerana org yg berjihad tidak mengenal  apa2 kecuali kesungguhan.
 


okey, jom pergi ke tips yang kedua, tapi penulis taknaklah bagi tips just direct to the point, penulis nak kasi satu kisah and yes, ada kaitan dgn tips yg kedua. baca betul2, cuba dalami and fahamkan.sebab kisah nie ada kaitan dgn gambar nie:



'kucing!?, apa kaitannya, kucing hitam plk tu, mata dahlah merah" relax, kisah nie berkenaan tentang seorang sheikh terkemuka bernama sheikh Abdul qadir Al jilani.Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun subuh walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Kadir.

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya, Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.
“Mengapa kau kejutkan aku untuk solat Subuh, padahal kau amat benci pada orang yang solat?”

“Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun Subuh,” jawab syaitan
Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, “Kenapa, 
syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.

“Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius,” kata syaitan.

Tambah syaitan itu lagi, “Kau akan bersedekah. Kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!”
 
 CAN YOU SEE THAT, Nampak tak?. itulah tips yang kedua. "apa kebenda yg ko cakap nie' ok, kalau sekali kita dah buat salah, pastu kita sedar, cepat2 taubat and tampung balik dgn buat lagi banyak ibadah. buat banyak2. nanti jadilah mcm sheikh nie kan3x. hah ok, cubalah walaupun susah
<a href="http://www.blogpingtool.com">Blog Pinger Free</a>

Sunday 9 December 2012

Semangat Melayu



bismillahiwalhamdulillah,

Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!, bangsa melayu yang mendengarnya pasti bersemangat dalam melaungkan slogan tersebut. Slogan yg melambangkan identity seorang melayu yg berdaulat. melambangkan diri seorang melayu. yaaa!!! . hang tuah pon pernah bermadah dgn  melayu

“tidak hilang Melayu di dunia”




melayu itu sopan. melayu berbudi bahasa, melayu lemah lembut, melayu bijak, terlampau byk pujian utk dilemparkan kepada melayu. tapi, emmm, canenye nak cakap, penulis ada satu idea, macam pendapat.cuba kita tgk filem melayu yg dulu2. bukan zaman mak bapak kita. tapi zaman nenek moyang kita. macam mane org dulu2. apa yg penulis nampak. hampir 99% x pakai tudung. " alah standardlah, sekarang pun ramai je x pakai tudung". okey, org dulu2 pakai ketat2. "masih standard". org dulu2 main judi mcm perminan biasa!!!. "okey, paham boss".
 
 PenulisTapi, zaman berubah bila sampai zaman mak bapak kita. drpd skirt jadi jilbab terus, huiih, hebat. mengaji . berzikir. berjubah. mmg sungguh awesomelah katakan. macammana nak cakap, kita mmg patut berterima kasih dkt akram lah, senang cerita. tapi akram dah tibe2 sesat. kehidupan kembali normal. ok, mari kita balik ke realiti,

Cuba kita pandang sekeliling, dari anak muda, bdk kecik, bdk besar. semua lapisan masyarakat. apa kita nampak, kurang org jilbab . " ye, but it not the point", melayu masih lagi islam. " yes, tapi soalan yg plg tepat. melayu je yg islam?' kenapa plk melayu je islam. akram dh penat2 dakwah. sampai meleleh keringat. melayu je islam?!!!. tahu tak, persentaj org kristian kat malaysia nie dah meningkat sangat dah meningkat!.  bukan ke pelik. bukannya ya ramai org putih kat malaysia. x ramai sangat Pon.

Tapi diorang pandai. bkn org putih je kristian. china pon bole jd kristian, india pon sama, org asli pon sama, melayu pon sama aje. ulangi, sama je.. bkn penulis mksd xde lgsng china muslim atau india. tapi sikit sangat. yg murtad pon x jadi pape. x kena hukum ke aper ke. dan penulisrasa kesedaran kita terlampau sikit. geng ustaz2 je yang dakwah benda2 nie itupon rasenya kat org asli je kot. china still china, india still hitam. " eh, salah, india".
 
‘kalau Laksamana Cheng Ho (org islam) meletakkan hamsahnya kepada bangsanya, dia tidak akan pernah menjelajah ke seluruh dunia dlm menyebarkan islam, dia tidak akan pernah berpijak di bumi melayu. Takkan!!!!,’tetapi dia lebih cinta akan agamanya.


 Pembaca sekalian, dlm byk2 kita taburkan semngat kpd bangsa, jgn lupa kpd agama, jgn kita menjadi terlampau ta’sub. Jangan kita menjadi seperti bangsa yahudi di sana, jangan jadi terlamap ta' sub, sedarlah org melayu sekalian. jgn buat org fikir islam adalah agama melayu. no, islam tak boleh disatukan dgn melayu sahaja. dieer utk semua orang, sume bangsa okey@@