bismillahiwalhamdulillah, bertemu lagi kita hari nie.
................................................
assalamualaikum,ini adalah sebuah pendapat, sedikit percanggahan boleh terus dikomenkan kerana penulis insan biasa, yang almaklum byk dosa dan kesalahannya.
okey, penulis sebelum nie dah tekankan bahawasanya dalam beribadah kepada Allah S.W.T mestilah dengan bersemangat, tidak putus asa, kita mestilah beristiqamah,iaitu berterusan ( siapa yg belum baca boleh tengok sekrang, nak baca yg nie dulu pon bole...). sebab..... Allah suka. Allah lagi suka ibadah yg istiqamah walaupon sedikit drpd ibadah yg byk ttp sekali. penulis bagi contoh ye, puasa sunat isnin khamis. istiqamah puasa isnin, khamis, isnin, khamis, isnin "tak laratlah, banyak tu!!!" tak pe, kita mula yg sikit lu. contoh puasa 6 hari syawal. kalo org kata susah x tahulah. dlm satu bulan, pilihlah mana2 hari utk korang puasa, it easy maaa...
penulis tekankan lagi sekali, Jangan Putus Asa! biarlah kita pergi qiam byk kali pon, tapi x nangis, buat sakit kaki hje, Jangan Putus Asa!,kerana org yg berjihad tidak mengenal apa2 kecuali kesungguhan.
okey, jom pergi ke tips yang kedua, tapi penulis taknaklah bagi tips just direct to the point, penulis nak kasi satu kisah and yes, ada kaitan dgn tips yg kedua. baca betul2, cuba dalami and fahamkan.sebab kisah nie ada kaitan dgn gambar nie:
'kucing!?, apa kaitannya, kucing hitam plk tu, mata dahlah merah" relax, kisah nie berkenaan tentang seorang sheikh terkemuka bernama sheikh Abdul qadir Al jilani.Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun subuh walaupun waktu subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Kadir.
Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya, Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.
“Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun Subuh,” jawab syaitan
Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya, “Kenapa,
syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
“Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius,” kata syaitan.
Tambah syaitan itu lagi, “Kau akan bersedekah. Kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!”
CAN YOU SEE THAT, Nampak tak?. itulah tips yang kedua. "apa kebenda yg ko cakap nie' ok, kalau sekali kita dah buat salah, pastu kita sedar, cepat2 taubat and tampung balik dgn buat lagi banyak ibadah. buat banyak2. nanti jadilah mcm sheikh nie kan3x. hah ok, cubalah walaupun susah


No comments:
Post a Comment