Dengan nama Allah pencipta sekalian makhluk-Nya
huhh..hakikatnya dah bersawang blog penulis ni,
sudah sekian lama tak jenguk, penulis tak tahu kenapa, haha
sebenarnya, penulis terdetik nak tulis blog ni (setelah sekian lama berhabuk) sebab penulis diarah oleh Mr. Anon di ask.fm. kalau dia tak Tanya penulis, bukan setakat berhabuk, berkarat-karat gitu...
eh?
tahun 2014 ni, banyak sangat benda yang berlaku, kalau kita tengok Malaysia sendiri pon, penulis rasa penulis dah tak perlu cerita, semua orang dah tahu.
MH370,MH17,Air Asia, banjir terburuk sejak 1971, dan banyak lagi.
tapi itu bukan sebab penulis nak tulis entry ni, sekarang ni penulis nak cerita pasal hidup penulis. semua orang ader cerita masing-masing kan? dan ini kisah hidup penulis. Maaf kalau Nampak macam diari sikit
ok, start.
........................................................................
2014, Penulis bukanlah orang yang pandai, tapi penulis bersekolah kat MRSM PONTIAN, ops dah tukar nama jadi Tun dr. Ismail. ok
tempat ni budak2 8A/9A PMR jer boleh masuk, sebelum masuk mrsm ni, penulis dikira pandai jugaklah, lepas jer masuk mrsm ni, kedebuk2 jatuh, tergolek- golek.
kalau diikutkan hati, nak jer fly, lari balik rumah,, fed up, future, terpaksa survive dengan orang-orang yang jauh lagi pandai.
huh, nasib baik rumah penulis jauh kat kl, kalo tak, alahai masuk JDM lah sebab fly.
penulis ni bukannya malas, rajin gak orangnya.tapi tulah... bila tengok pointer jer.. ya Allah, rasa macam batu jatuh setepek kat muka. cediyh takyah citer lah, huhu...
........................................................................................
2014, tahun lepas, penulis ada kawan baik, tiba2 tahun 2014, penulis tak tahu apa salah penulis, kawan baik penulis tu macam bertukar jadi stranger. rasa awkward sangat bila nak cakap dengan dier. dier bukan setakat bestfriend penulis dulu, tapi partner sem type 3 penulis (budak mrsm jer yang tahu, haha)
kawan penulis ni genius giler orangnya, project dier Berjaya sampai ke luar negar, korea, los angeles.
tapi kawan penulis ni tak pergi ngan penulis, dia pergi dengan kawan dia a.k.a partner baru dier. tinggalkan penulis sorang-sorang
penulis x cediyh, penulis happy, tumpang gembira, penulis masih anggap dier kawan penulis. penulis cuma terkilan dia x tegur penulis, dia busy, tp satu sekolah jer kot, takkan x leh nak tegur penulis.
kawan penulis ni bukan setakat tak tegur, tapi macam benci gila kat penulis. penulis ingat lagi. pernah penulis bangun nak solat maghrib berjemaah, tibe2, dapat kat sebelah "kawan" penulis tu. penulis x kisah, tapi.....
tibe2 dier keluar dari saf, time tu baru iqamat, rasa macam gelap sangat dunia time tu, perbuatan dier tu sangat jahat, dari luar, dengar macam dier nak ludah, alasan untuk keluar saf, tapi kalo penulis, penulis sangguplah telan ludah tu semata-mata jaga hati kawan.
hakikatnya, dia taknak berada dekat dengan penulis.... tu jer...
..............................................................................................
2014- penulis time tu kat seminar, cg. syariah ajar sejarah, penulis rasa macam sediyh semacam jer time tu, tak tahu kenapa.
tibe2, ada cikgu masuk, dier kata HEP nak jumpa penulis, penulis macam peliklah, penulis ader buat salah ker. cikgu tu cakap jangan berhenti mana2, terus pergi pejabat, jumpe HEP.
penulis pon jalan ke arah pejabat, dalam perjalanan, penulis perasan semua cikgu pandang penulis, penulis rasa macam pelik sangat. dan kemudian, ader cikgu kaunseling datang panggil penulis.
dier cakap suruh penulis redha, redha?, redha kenapa?, penulis tanya. cikgu tu tak jawab, dier srh penulis jumper HEP. masuk dalam pejabat, suasan macam kelam kabut.
penulis masuk dalam pejabat, HEP tutp pintu, dier datang dekat, pastu dier cakap ayah penulis meninggal....
penulis x terus nangis, penulis tak caya, ayah penulis bukan sihat jer ker?, rasa macam mimpi jer benda ni semua. penulis call kakak penulis,
kakak penulis nangis gila2, baru penulis sedar semua bnde ni betul3 berlaku, ayah penulis dah meningal!! dan penulis jauh kat Johor.
penulis balik naik kapal terbang, kakak penulis ambil naik kereta, dalam perjalanan, penulis dapat call dari mak penulis. dier minta izin penulis, orang kampong dah nak kebumikan jenazah, penulis tanya dah mandikan?, dah solatkan?, mak penulis cakap semua dah selesai. penulis cakap penulis izinkan.
lepas jer call tu, penulis terus nangis, sebab penulis tahu, penulis x sempat nak mandikan, x sempat nak solatkan, atau tengok muka ayah penulis buat kali terakhir, penulis x sempat. penulis meraung kat dalam kereta tu.
................................................................................................
banyak lagi tapi cukup jelah ini peristiwa yang penulis nak kongsi
selang bebrapa bulan,
tibe2 satu hari.
selepas solat maghrib, ketika wirid.
penulis terfikir,...
penulis dah duduk jauh kat Johor, takde family nak support dari belakang, Allah dah ambil ayah penulis, tempat penulis mengadu dan minta nasihat, cikgu2 penulis sibuk, nak mengajar, kawan -kawan penulis x memahami penulis, penulis rasa macam dah takde sesiapa kat dunia ini.
Jangan harapkan apa-apa pun dari orang lain,
termasuk dari kawan baik kita, sebab itulah pencetus permusuhan.
-pujangga-
time 2, penulis menagis, bestfriend penulis duduk sebelah penulis, tapi dier tak sedar pon penulis tengah nangis. penulis terfikir, sekarang ni, penulis ader Allah, dan cukuplah Allah, Allah jer yang akan dengar penulis 24 jam, Allah jer yang paling faham kat penulis
penulis jerit dalam hati penulis, ya Allah, jangan tinggalkan penulis, walau satu saat, kalau Allah pon tinggalkan penulis, penulis dah takde sape2 dah..
Bila kita bergantung kat Allah, Allah akan sayang giler kat kita, dan Allah akan turunkan rasa sayang tu kat makhluknya kat kita.
penulis dah berbaik dengan kawan baik penulis, penulis dah redha dengan pemergian ayah penulis, penulis redha dengan pointer penulis, penulis dah happy, sebab penulis dah tak takut, sebab penulis ader Allah kan?, penulis ader banyak kawan, ikhwah yg faham penulis.
xder alas an untuk sedih. sebab awan mendung dah pergi, dan datanglah pelangi menyinari.
ceeewah. hehe
No comments:
Post a Comment