[IMG]http://i948.photobucket

Monday, 6 April 2015



Asalamualaikum semua,
Cehat?, harap cehat jugak macam penulis,hehe…

Hari ni penulis tak tahu nak tuliskan tajuk apa dalam entry penulis, so penulis biarkan kosong, biarkan ia di isi dengan sendirinya, ceewaah
Pernah satu hari, tarikh dirahsiakan, ada kawan penulis, dia datang kat penulis, lepastu dier cakap kat penulis,” aku benci ah dengan orang yang terlampau alim,” “buat sume benda, sume tak boleh”,
Penulis terduduk, tak tahu nak jawab aper, jadi penulis bertanya banyak lagi soalan kat dier, macam kenapa, asal macam tu lak? Dan sebagainya.

Jadi rata-rata jawapannya mengisahkan dier dah serik hidup dengan kawan-kawan dier yang terlampau baik tu, sama ada jiran dier atau sesiapa jer,
Bagi dier, dier lebih suka berkawan dengan orang yang relax, n tak condem apa yang dier buat.
Ader jugak dier kata bahawa dia rasa tertipu, sebab Nampak orang yang berkopiah siap berserban ni baik, bila kaji, indah khabar dari rupa, kita yang rasa kita lebih baik dari dier…mungkin.
Tak kurang jugak dier citer yang dia merasakan kawan-kawan dier yang alim ulamak ni dah jauh tinggalkan dier, dan dier sorang-sorang kat belakang, dah tak mampu kejar dah. So lebih baik dier cool n teruskan hidup..

                        …………………………………………………………………………………………………………………..

Well, hakikatnya kebanyakn dari kita rasa benda ni, Cuma beza dier, berapa percent perasaan tu, ader yang rasa setakat menyampah jer, ader yang meluat, ader yang benci giler bapak, dan ader yang sampai tak boleh tengok muka.
Sampai macam tu sekali
Yup, hakikat…

Persoalannya kenapa?

Sebenarnya ada banyak jawapan bagi persoalan ni, apa yang penulis Nampak, antaranya.


1.MINDSET ORANG KITA SENDIRI
Sedar atau tak sedar, dari kecik lagi kita dimomokkan tentang benda-benda macam ni, kalau kisah pasal ustaz kantoi berzina, cepat jer tersebar dari mulut ke mulut, tak sampai sehari, satu kampong dah tahu kes ni, bukan nak kaji, terus fitnah, gossip hangatlah katakan. Mana boleh biar macam tu jer.
Tapi sedar atau tak, bukan semua ustaz macam tu, amatlah sedikit kes-kes macam tu, kalau nak diikutkan, kes orang-orang yang bersosial berzina lagi banyak. Betul tak?
Tapi penulis rasa, kita ni pun selalu sangat meletakkan prasangka buruk. Sorang jer buat, tapi semua jenis golongan ustaz dan alim ulama’, semua kena tempiasnya.
Ada yang ader sejarah dengan golongan yang Nampak baik ni tapi hakikatnya hampeh…
Bagi penulis, kita tak boleh judge semua orang macam tu, nak tak nak kita kenalah buang persepsi kita tu, sebab tak adil bagi mereka, amatlah tak adil….


2.SUNTIKAN SYAITAN.
Syaitan ni sebenarnya amat takut kalau kita berdamping ngan golongan rang-orang yang soleh ni.
Well, golongan alim ulama’ sekarang adalah wasatiyyah ummah.
Jadi, syaitan ni pon suntiklah perasaan hasad dengki, prasangka buruk terhadap alim ulama’, sampai kadang-kadang, kita rasa benci nak tengok golongan yang terlampau alim.
Benci gillleeeerrr, tapi bila orang lain Tanya sebab apa?, kita terkial-kial nak kasi jawapan .
Betul tak?


3.TAK SAMA TARAF.
Well, ada yang kadang-kadang pernah bergaul dengan golongan soleh ni.
Tapi, dier rasa dia macam tak layak bersama mereka, tak sama taraf, rasa diri tu macam fake sangat.
Last2, dia jauhkan diri, lebih baik dia cool jer daripada jadi munafik…
*jatuh tergolek

Well, Allah pernah berfirman mafhumnya”, apabila kamu ingin berubah maka pergilah kepada golongan orang-orang yang soleh, dan letakkan hati kamu bersama mereka”
Penulis ulang balik “ dan letakkan hati kamu bersama mereka”, maksud penulis kita kena anggap diri kita sama macam mereka, jangan terlampau tawadhuk, biar first2, kita rasa diri kita fake, lama- lama ikhlas tu akan timbul.

Sebagai penutup, penulis just nak bagitau, penulis pon pernah jadi macam ni jugak, penulis rasa meluat tengok golongan orang-orang alim ni, tapi bila penulis  pernah niat untuk  dapat hidayah Allah. Bila penulis buka Al-qur’an jer, penulis Nampak ayat ni.
Penulis baca dan cuba faham,jadi penulis pon cuba untuk rapat.  bila dah bersama golongan orang-orang soleh, barulah penulis rasa indahnya hidup berukhwwah. Manisnya bersahabat.
Rasa macam lagi banyak diorang tegur penulis , bermaksud lagi sayang diorang dekat penulis,
Jadi, janganlah bermusuh dengan golongan orang-orang macam ni, berikan masa untuk kenali diorang.

In sha Allah tak rugi…..

No comments:

Post a Comment