[IMG]http://i948.photobucket

Wednesday, 4 February 2015

Why2... tak logik...



Salam semua,
Well, hidup ni macam semangkuk epal, eh??
Beb, xder kaitan beb… haha
Lek2, baru intro, ceehhh

Pernah tak kita terfikir, kenapa kadang2 kita dengar cerita pasal orang yang rajin beribadah tapi masuk neraka.
Kenapa hah? Banyak kan?
Pasal ahli ibadah yang sakitkan hati jiran, terus Allah campak masuk neraka,
Ader yang sebab die kurung kucing dia dalam sangkar tanpa diberi makan,
ader sebab dier ngumpat , padahal hakikatnya dia baik di mata masyarakat.

Yang lagi pelik, kebanyakan yang mereka buat adalah kesalahan ‘biasa’
Macam, pergh, diorang manusia gak, berak gak , agak2 ah nak jadi baik macam malaikat,
Kan??

Tapi kenapa diorang menjadi ahli NERAKA?
Why2,


......................................................................................................................................................................



Well, apabila kita telusuri sejarah sirah,
Bukan setakat kisah orang baik masuk neraka jer yang ader,
Orang yang baru nak berubah pon dah dapat masuk syurga pon ader.

Macam kisah pelacur yang kasi minum kat anjing guna sepatunya. Pelacur ni hari- hari berzina.
Hari- hari, bukan sekali sekala, hari-hari!!

Dan kisah pembunuh yang dah bunuh 99 orang, tambah jadi 100 apabila ahli ibadah kata taubat dier x diterima. Jumpa orang alim, orang alim tu kata boleh, tapi kena pergi tempat sekian2.

Dier pon pergi ke tempat tersebut, dalam perjalanan, dia telah mati dibunuh,

Di akhirat  kelak, malaikat malik dengan malaikat ridhuan berebut2 dier ni, kedua2 malaikat ni ader beribu2 tangan, boleh bayangkan bagaimana penarikan tu berlaku?

Maka, terus diahadapkan di depan Allah, maka disuruh lihat di mana tempat dier meninggal, lagi dekat kat tempat lamanya ataupun tempat yang baru nak dituju?

Ramai yang tak tahu ending nya macam ni, hakikatnya tempatnya lagi dekat kat tempat lamanya, tapi atas dasar rahmat Allah, Allah telak terbalikkan bumi supaya dekat dengan tempat yang ingin dituju.

Maka masuklah hamba tadi ke dalam syurga

Padahal diorang baru jer nak berubah, baru terdetik nak berubah, belum berubah lagi pon.
Pelik bin ajaib,.

Orang yang dah lama beribadah masuk neraka, orang yang baru nak berubah masuk syurga

Please… x logic, right?

Well, naqib penulis dulu ader menceritakan satu benda, dia kasi satu analogi, dan analogi ni membuatkan seluruh perkara tadi kelihatan amat2 logik, pedia? Liaht jap….

      “apa perasaan kita bila kita ditampar di muka, bila kita toleh sahaja untuk lihat siapa
                            Yang  pukul kita, rupa-rupanya dia hanya seorang budak kecik,”

Dengan situasi kedua,
          “ kita dipukul di muka, bila toleh, kawan kita yang kita benci, pukul kita dengan muka tersengih, ingatkan bahawa apa yang dilakukannya itu lawak”

Situasi pertama tu mungkin kita relax, cool down, chill bro, budak- budak lah katakana, dier mana tahu apa-apa, maafkan jelah dier.

Tapi situasi kedua tu,kita dah sepak terajang dah dier, berani sentuh muka penulis yang mulus ni ceewah, poyo pulak.

Well, apa kaitan analogi ni dengan benda-benda yang penulis tulis kat atas tadi?
Maksud penulis, beza antara kaki maksiat dengan ahli ibadah tadi adalah ilmu….

Ya, memang benar ilmu itu menaikkan darjat,
Betul orang yang berilmu tu lebih baik dari yang tak berilmu.
Memang kita dituntut untuk mencari ilmu,
Tapi ilmu juga membuatkan penilaian dosa kita berbeda
Ilmu juga akan dituntut kelak, tantang bagaiman ilmu itu digunakan.

Allah itu Maha Adil, takkan lah sama hukuman orang yang berilmu tetapi membuat dosa dengan orang yang jahil yang membuat dosa.

Hakikatnya adil tu bukan sama rata, adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.


Orang alim itu tadi diibaratkan kawan kita yang pukul kita, dia dah besar, dah boleh fikir mana yang baik, kenapa dia still pukul kita?
Kau adalah orang yang berlimu, kau sepatutnya menjadi role model masyarkat sekitar kau, kau kena jaga perwatakan kau, kau kena jaga ibadah kau, kau sepatutnya menyampaikan yg benar sahaja, tapi kau tak, kau telah melakukan dosa yang tak melambangkan diri kau sebagai orang yang berilmu, maka boleh jadi kau masuk neraka, wallahualam, biar Allah yang uruskan…

Berbeza denga orang yang tidak tahu, mereka diibaratkan budak-budak kecil, diorang takde cukup ilmu  untuk menahan diri daripada melakukan dosa, diorang tak tahu apa yang diorang buat.

Bila dia tahu nanti, dan dier bertaubat, maka pintu taubat terbuka luas untuk dier.
In sha Allah….



.....................................................................................................................................................................




jadi kita sebagai hamba yang hina dina, takkan layak untuk mengambil kuasa Tuhan!!! Apadia itu??
Itulah “ Menghukum”

“dier memang dah tak boleh buat aper dah ni, habislah kau kat akhirat nanti”
“banyak sangat dosa kau ni, memang neraka jelah tempat kau ni”
“dah takde harapan dah budak ni nak berubah”

Siapa kita nak hokum sesiapa sahaja hamba Allah itu neraka atau syurga?

Allahu… banyak dosa dosa aku.

Tapi, contohnya..
kita boleh cakap bahawa perbuatan meninggalkan solat boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka

tapi kalau ader kawan kita yg byk tinggalkan solat, dier Tanya kat kita bahawa adakah dier ahli neraka?
Kita kena jawab bahawa itu urusan Allah, kita takde kuasa, itu jer.

Jadi penulis tutup dengan sebuah kisah:
Apabila diakhirat nanti,

Allah panggil orang alim dan orang yang nak berubah ni,

Allah kasi syurga kat org yg baru nak berubah ni atas dasar rahmat-Nya, kerana keikhlasannya nak berubah.

Allah Tanya pula orang alim itu tadi bahawa siapakah dirinya untuk melakukan kerja tuhan-Nya?
Maka, dicampaklah orang alim itu tadi ke dalam neraka……..

wallahualam

No comments:

Post a Comment